BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 4 Ogos 2009

HIKMAH SUJUD



MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia, malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan yang tidak terjangkau oleh akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah dan mereka menggalakkan kita bersujud dengan lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud juga boleh :
• Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari kedudukan asalnya
• Membetulkan pundi peranakan yang jatuh
• Melegakan sakit hernia ( burut )
• Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
• Melegakan paru-paru daripada ketegangan
• Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
• Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
• Meringankan bahagian pelvis
• Memberi dorongan supaya mudah tidur
• Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
• Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik
• Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
• Mengurangkan kegemukan
• Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut ( convulsions )
• Organ terpenting iaitu otak manusia, menerima banyak bekalan darah dan oksigen
• Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus menghakis sikap sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...