BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Rabu, 10 Mac 2010

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...

sihat sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
hidup sebelum mati...

kini, barulah ku terasa bahawa betapa bernilainya masa itu...
terkejar2 membuat esaimen...

waktu lapang diisikan dengan perkara2 lain.. pabila due date dh dekat, mula lah kelam kabut... begitulah manusia, yg sentiasa leka terhadap waktu..

betullah pepatah Arab menyatakan " waktu itu umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, pasti ia akan memotong kamu "..

" masa itu emas "

bile dh siap esaimen, rase nk menangis pon ada... almaklomlah,
terharu katekan, smpai x tdo mlm 2/3 hari...

begitulah sikap manusia yg sentiasa lalai...

Ya Allah, jauhkanlah kami dari segala sifat yang
buruk dan dekatkanlah kami kepada kebaikan...

Amin....~~


Isnin, 8 Mac 2010

:: 5 PERKARA YANG MENERJUNKAN WANITA KE DALAM NERAKA ::

Sabda Rasulullah s.a.w dengan maksudnya : “ kebanyakan wanita itu adalah isi dan kayu neraka ”, Sadatina Aisyah bertanya, “ Mengapa wahai Rasulullah? ” Jawab Rasulullah s.a.w :

1) KERANA kebanyakan wanita itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan dan cubaan seperti sakit melahirkan anak, mendidik anak, melayan suami dan melakukan kerja-kerja di rumah..


2) TIADA memuji ( bersyukur ) di atas kemurahan Allah yang didatangkanNya melalui suaminya ( jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya )..


3) SERING mengkufurkan ( engkar ) tentang nikmat Allah, contohnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isterinya yang mengatakan “ sudah sepuluh tahun saya kahwin dengan awak, tak ada ape pon yang saya dapat ”..


4) GEMAR bercakap perkara yang sia-sia dan berdosa, contohnya bercakap tentang perabot rumah dan mengumpat..


5) KURANG akal dan kurang ilmu pengetahuan Islamnya di mana mereka sering tertipu dan terpengaruh pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan kemewahan dunia..

~ Perjalanan BIG yang menyeronokkan ~

Alhamdulillah..
tamat jugak program BIG yg kami tempuhi sepanjang 4 hari 2 mlm bertempat di sebuah perkampungan yg sangat asing bagi kami iaitu, Kg. Lalang, Penjom Kuala Lipis..Pekhemahan BIG fasa 1 ini disertai oleh unit PSV 1& 2 serta PAI PISMP sem 1 seramai 62 orang guru pelatih dan beberapa pensyarah sebagai fasilitator.. Pelbagai aktiviti menarik yg dijalankan seperti memasak, solat berjemaah, LDK, Malam Kebudayaan, jungle tracking, water confident dan river crossing. aktiviti darat dilakukan di sekitar kebun getah dan kelapa sawit, manakala aktiviti air dijalankan di Terenggun.. banyak impak positif yang saya perolehi daripada perkhemahan ini, antaranya hubungan kami 3 unit bertambah erat.. diakui sebelum ini, kami saling tidak kenal-mengenali walaupun sudah 1 thun setengah blaja di IPTAA..Ini kerana kami jarang bertegur sapa antara satu sama lain.. selain itu, saya juga dapat blaja banyak loghat dan masakan dari negeri2 lain.. memang menyeronokkan.. saya sangat bersyukur kerana diberi peluang menyertai perkhemahan tersebut..


~ sebelum memulakan perjalanan ~


~ taklimat daripada En. Shafie sejurus sampai di tapak perkhemahan ~


~ aktiviti melukis logo kumpulan ~
" KAYABO!!! "


~ memasang khemah selepas mendapat
penerangan daripada En. Zakaria ~


~ makan, yum3 ~

~ mengemas dan meruntuhkan khemah sebelum pulang ~


~ majlis penutupan BIG fasa 1 oleh Cik Hajah Salbiah Bt Ishak ~


~ group 5 @ singgang is the best!! ~


~ membasuh khemah, penat woo ~


~ kibas2 cam nh erk?? ~

Ahad, 7 Mac 2010

~ Hati2 Semasa Membaca al_fatihah~

Nama Syaitan dalam al-Fatihah
Semoga boleh dimanfaatkan.. Al-Fatihah merupakan salah satu rukun dalam solat.. Jika cacat bacaannya, maka rosaklah solat.. Oleh itu, perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid.. Bukan setakat bacaannya sahaja yang rosak, malah kita menyebut nama Syaitan di dalam solat kita.. Berikut diperturunkan nama Syaitan laknat yang wujud di dalam al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati2..

1) DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2) HIR ROB ( bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya HI ROB
3) KIYYAU ( bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KI YAU
4) KANNAK ( bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAK
5) KANNAS ( bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAS
6) IYA ( disebut tanpa sabdu ) sepatutnya Iyya.. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud ' kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan '

7) SIROTHOLLAZI...sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti..
8) AMIN....hendaklah mengaminkan al-Fatihah dengan betul iaitu, AA...dua harakat, MIN...3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para Malaikat..

Insya-Allah, semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...