BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Selasa, 18 Ogos 2009

:: MANUSIA PERTAMA DI SYURGA ::



Nabi Adam merupakan manusia pertama yang menghuni syurga sekaligus manusia pertama yang diciptakan oleh Allah Taala bersama isterinya, Hawa.

Penciptaan Adam telah diriwayatkan sebagai satu daripada ciptaan Allah yang paling kontroversi atau yang selalu disebut-sebut oleh makhluk Allah yang lain. Peristiwa tersebut di sebut di dalam Al-Quran apabila para malaikat mempersoalkan kejadian manusia sebagai khalifah atau pengganti di muka bumi ini.

30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".

Allah telah memerintahkan malaikat Jibril turun ke bumi untuk mengambil sabahagian tanah sebagai bahan untuk menjadikan Adam. Walaubagaimana pun, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil bahkan bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak rela untuk menyerahkannya kerana kebimbangannya seperti kebimbangan para malaikat.

Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah mengutus pula malaikat Mikail dan kemudiannya malaikat Israfil, tetapi kedua-duanya tidak berdaya hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang dibuat oleh bumi. Maka, Allah memerintahkan malaikat Izrail untuk melakukan tugas tersebut dan menggesa tidak akan berundur walaupun bumi bersumpah kerana tugas tersebut dijalankan atas perintah dan nama Allah.

Maka, Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah atas arahan Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah yang memungkinkan bumi menderhaka kepada Allah. Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah tersebut adalah :

· Tanah Baitulmuqaddis – kepala sebagai tempat kemulian untuk diletakkan otak dan akal

· Tanah Bukit Tursina ( Mesir ) – telinga sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat

· Tanah Iraq – dahi sebagai tempat sujud kepada Allah

· Tanah Aden ( Yaman ) – muka sebagai tempat berhias dan kecantikan

· Tanah telaga Al-Kautsar – mata sebagai tempat menarik perhatian

· Tanah Kaabah ( Makkah ) – tangan kanan sebagai tempat mencari makanan dan berkerjasama

· Tanah Paris ( Perancis ) – tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan istinjak

· Tanah Khurasan ( Iran ) – perut sebagai tempat berlapar

· Tanah Babylon ( Iraq ) – kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan syaitan

· Tanah Tursina ( Mesir ) – tulang sebagai peneguh manusia

· Tanah India – kaki sebagai anggota berdiri dan berjalan

· Tanah Firdaus ( Syurga ) – hati sebagai tempat keyakinan, keimanan dan kemahuan

· Tanah Taif ( Arab Saudi ) – lidah sebagai tempat untuk mengucapkan syahadah, syukur dan doa.

Selasa, 4 Ogos 2009

EGOIS!!!



Derap langkahmu tampak keangkuhan

Raut wajahmu gersang tanpa diukir senyuman

Jeling pandangan hanya di ekor mata

Tutur bicaramu hanya membakar jiwa manusia di sekelilingmu


Dadamu berpaut keegoan

Nafasmu bergelora dahagakan pujian

Lantas si konyol-konyolmu mengalun kata kata manis

Walhal di dada mereka tersingkap rasa kejengkelan


Bicaramu apa sahaja yang diinginkan

Pantas sahaja di dalam genggaman

Kemegahan menjalari segenap ruang

Hingga terlupa segalanya kurniaan yang Maha Esa


Hei kau yang egois!

Mengertilah kau hanya insan yang kesepian

Namun sengaja tak pernah kau akui

Hanya kerana keegoan meratah jiwa dan perasaan


Sedarlah wahai insan yang bernama egois

Kau hanya seorang hamba yang diuji imannya

Andai kau dilanda kesulitan

Siapakah yang akan hadir mengutus tali persaudaraan




HIKMAH SUJUD



MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia, malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan yang tidak terjangkau oleh akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah dan mereka menggalakkan kita bersujud dengan lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud juga boleh :
• Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari kedudukan asalnya
• Membetulkan pundi peranakan yang jatuh
• Melegakan sakit hernia ( burut )
• Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
• Melegakan paru-paru daripada ketegangan
• Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
• Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
• Meringankan bahagian pelvis
• Memberi dorongan supaya mudah tidur
• Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
• Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik
• Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
• Mengurangkan kegemukan
• Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut ( convulsions )
• Organ terpenting iaitu otak manusia, menerima banyak bekalan darah dan oksigen
• Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus menghakis sikap sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...