BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 29 Jun 2009

** KOSMETIK DAN PRODUK DANDANAN DIRI **


UJIAN HAIWAN BUKAN JAMINAN SELAMAT

Produk dandanan diri dan kosmetik biasanya diuji bagi memastikan ia selamat untuk digunakan. Bagaimanapun, kejayaan yang dilakukan ke atas haiwan makmal bukan jaminan ia selamat atau tidak meninggalkan kesan buruk kepada manusia. Ini kerana perbezaan dalam metabolisme, struktu kulit malah suatu bahan itu mungkin beracun kepada satu spesies tetapi tidak kepada spesies yang lain. Selain itu, ujian-ujian keracunan ke atas haiwan sering menggunakan bahan-bahan dengan kadar kepekatan 100. 1000 atau 10000 kali ganda kadar yang mungkin manusia terdedah kepadanya dalam keadaan sebenar.

3 jenis ujian ke atas haiwan :

1. Keracunan ( untuk melihat sama ada sesuatu bahan itu memudaratkan ): produk seperti bahan peluntur atau gincu bibir diberi makan secara paksa kepada sekumpulan haiwan, biasanya tikus, hingga separuh daripadanya mati.

2. Kerengsaan mata : produk seperti syampu atau semburan rambut dititik atau disembur ke dalam mata arnab yang masih sedar. ( Kilang air mata arnab tidak dapat menyingkirkan bahan seperti itu ). Ujian ini boleh diteruskan selama beberapa hari untuk melihat sama ada mata itu mengalami kerosakan ataupun tidak.

3. Sensitiviti atau radangan kulit : bahan-bahan seperti deodoran atau krim muka dikenakan kepada kulit haiwan yang telah dicukur, biasanya tikus belanda atau arnab. Haiwan-haiwan ini diikat beberapa lama dengan pita perekat untuk melihat sama ada terdapat kesan buruk. Tanda-tandanya termasuklah radangan dan pembengkakan.

SUMBER HAIWAN DALAM KOSMETIK

Jika anda kuatiri kosmetik yang akan digunakan mengandungi bahan ramuan daripada sumber haiwan, awasi dan elakkan produk yang mengandungi bahan berikut :

1. Ambergris : dieskstrak daripada saluran usus ikan paus sperma

2. Castoreum : haruman yang diperolehi daripada kelenjar seks beaver

3. Hyaluronic acid : diperolehi daripada balung ayam

4. Lanolin : bahan berlemak yang menutup bulu kambing biri-biri

5. Mink oil : digunakan sebagai pelembut dalam produk pelembab dan sebagai perapi dalam syampu dan produk pendandan rambut

6. Spermaceti : juga dikenali sebagai Cetyl Palmitate. Bahan berlilin daripada kepala ikan paus sperma atau ikan lumba-lumba

7. Tallow : diperolehi malalui kaedah merebus organ atau tisu kambing biri-biri dan lembu selepas disembelih dan dilapah isinya

8. Allantoin : diperolehi daripada sumber lembu dan terkandung dalam krim dan losen

9. Cetyl alcohol : lilin yang terkandung dalam spermaceti daripada ikan paus sperma atau ikan lumba-lumba

10. Gelatin : protein yang diperolehi melalui kaedah merebus kulit, tendon, ligamen, atau tulang lembu dan babi dalam air. Digunakan dalam syampu, topeng muka dan kosmetik lain

11. Keratin : daripada tanduk, kuku, pelepah dan bulu beberapa jenis haiwan yang telah dikisar. Digunakan dalam bilasan rambut, syampu dan produk yang menjadikan rambut kekal bergelombang

12. Musk oil : diperolehi daripada alat kelamin rusa, beaver, muskrat, kucing civet dan memerang

13. Pristane : diperolehi daripada minyak hati jerung dan ambergris ikan paus

14. RNA atau Ribonucleic acid : diperolehi daripada sisa buangan rumah sembelihan. Digunakan dengan banyaknya dalam kosmetik dan syampu berprotein

15. Squalene : minyak daripada hati jerung dan sebagainya. Digunakan dalam kosmetik, pelembab dan pewarna rambut

16. Stearic acid, Stearates, Stearamide, Stearamine : lemak daripada lembu, kambing biri-biri, anjing dan kucing daripada rumah perlindungan haiwan. Paling kerap ia merujuk kepada haiwan berlemak yang diperolehi daripada perut babi. Digunakan dalam kosmetik, sabun, semburan rambut, pendandan, deodoran dan krim. Oleh itu, sentiasalah berhati2 ketika memilih bahan kosmetik yang ada di pasaran agar kita dapat menggunakan rezeki Allah yang halalan toyyiban... ( panduan CAP )

Antara gambar2 yg berkaitan :












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...