BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Ahad, 11 Mac 2012

Lepas 4, 3 pula yg Datang !!!!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran ku panjatkan kepada Allah swt kerana masih memberikan nikmat iman dan islam kepadaku serta saudara seislamku yang lain...
Alhamdulillah juga saya ucapkan di atas kesempatan masa yang diberikan olehNya untuk menggerakkan semua hatiku bagi mencoret sedikit perkongsian di blog yang ku kira sudah lama ku tinggalkan...

Kini, tinggal 2 tahun lagi saya bakal menamatkan zaman persediaan untuk menjadi seorang guru sebenar... setelah 5 tahun setengah belajar dan belajar, masa yang memang ku tak nantikan akan tiba...rasa persediaan utk menjadi guru itu 'o'...pelbagai aktiviti institut yang saya dan rakan sertai, namun minat utk menjadi guru tetap tak dapat ku pupuk...

Sepanjang 3 tahun setengah di sini, saya dan rakan selamat menjalani BIG ( bina insan guru = setiap sem ), PBS ( pengalaman berasaskan sekolah = 4 kali
dah )...tapi, kali ni, datang pula perkara besar n penting yang akan saya lalui : PRRAKTIKUM fasa i...praktikum ini merupakan praktikum pertama saya dalam semester 5 ini yang perlu diselesaikan dalam masa sebulan.

Pelbagai persediaan yang saya dan partner ( afidah mahdom = lebiu so much ) buat, antaranya membeli segala bagai barang2 untuk ABM, melawat sekolah yang perlu dihadiri ( SK RElonG je pon ), mencari transport tuk ke sek ( dapatla sebijik pesona dr mak, hehe ) sediakan MOU dengan pelajar nanti n macam2 ag la...

Alhamdulillah, banyak perkara yang hampir selesai...kini, nak sedia fizikal n mental je sblum masuk sekolah tu...tq banyak2 kpd afidah n ust zulquarnain
( pensyarah pembimbing yang akn observe nant, seorang yg sangat baik tp sangat teliti dlm P&P ) krn banyak memberi tips2 brguna untuk saya...semoga Praktikum first ini akan menjadi pemangkin buat saya n sahabat yang lain agar menjadi lebih bersemangat untuk praktikum
fasa ii dan iii akan datang...

:: SeLaMaT BeRPRaKTiKuM KPD SeMua GuRu PeLaTiH PISMP SeM 5 ::



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...