BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 17 Julai 2010

** dUhAi PokOk keLApA **

Wahai rakan2 skalian..

Jadikanlah diri kita bak pokok kelapa, setiap bahagian bermanfaat buat kita semua..



Batangnya boleh dibuat jambatan, lidinya boleh dibuat penyapu, buahnya memberi kelazatan, airnya penawar dan penghilang kehausan, santannya pelengkap masakan, sabutnya dibuat berus, tempurungnya menemani keriangan kanak-kanak bermain tapak gajah..



Buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua, hal ini mengingatkan bahawa kematian terlalu hampir dengan kita, bila2 masa dimana jua..



Alhamdulilah, pada hari ini, selesai juga saya menghabiskan bacaan saya secara skimming n scanning sebuah novel berunsurkan Islamik yang bertajuk " TAUTAN HATI ', karya Saudari Fatimah Syarha Mohd. Noordin..

Hati saya sangat terkesan dengan setiap ayat yang ditulis di dalam novel tersebut.. saya sering merenung diri sendiri, adakah cukup amalan yang saya ada utk dibawa ke alam akhirat kelak.. Bagaimana pula sekiranya Allah terlebih dahulu menjemput saya sblm sempat saya membersihkan hati saya dari sebarang dosa2..



Novel tersebut banyak menceritakan tentang perjuangan beberapa syabab dan fatayat dalam memperjuangkan Islam di muka bumi ini.. Adakah saya mempu menjadi seperti mereka yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam mengembangkan syiar Islam dengan menghadiri halaqoh2, majlis2 ilmu dan sebagainya..
Bantulah aku ya Allah, ataupun aku buntu..



Berbalik kpd pokok kelapa td, Pokok kelapa merupakan tazkirah terbaik buat diri kita semua.. Oleh itu, marilah kita sama2 menjadi seperti pokok kelapa atau lebih hebat dari pokok kelapa yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain..



SeLaMaT BeRaMaL ~~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...