BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Sabtu, 15 Mei 2010

GURU OH GURU


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi..

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.
.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG1979



Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada :
a) kedua ibubapaku yg disayangi,
Noor Sabri Abd Rahman ( Ma'ahad SAS )
dan
Nor'Aini Talib ( SK Bandar Pusat ) ..
b) ibu2 dan bapa2 saudara saya..
c) guru PASTI Jengka Sebelas..
d) guru SK Jengka Sebelas..
e) guru SK Jengka 15..
f) guru SK Bandar Pusat..
g) guru Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka..
h) pensyarah2 IPGTAA..
i) guru
2 pelatih IPGTAA..
j) dan kpd semua yg pernah mengajar diri ini sebarang ilmu
yg bermanfaat sma ada secara formal ataupun tidak formal..


guru2 ma'ahad SAS


Terima kasih tidak terhingga atas jasa dan bakti yg dicurahkan..
hanya Allah sahaja yg mampu membalas jasa kalian..
Semoga semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah Ta'ala..

tidak lupa juga saya ucapkan selamat hari lahir @ sanah helwah
kpd ibu saudaraku yg lahir
pd 16 mei ( Nor Hayati Talib SMK Seri Jengka )..
selamat hari guru dan selamat hari lahir...

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...