BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �


Jumaat, 11 Februari 2011

Album : Kasih Ibu Bapa
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Mari-mari kita sejenak mengingat
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira

Cubalah bayangkan kasih ibu bapa
Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi

Wahai rang muda janganlah lupa
Taatlah kepada dua ibu bapa
Jangan-jangan-jangan andakan menjadi
Anak yang derhaka pada ibu bapa

Balasan di dunia dah banyak terjadi
Berbagai derita yang datang menimpa
Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita
Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertaqwa


hati rasa sunyi~~ tetibe fikiranku melayang mengingati kedua orang tuaku... apalah yg mereka lakukan ktka ini,sudah makan kah? bagaimana perjalanan hidup mrk hari ini, berjalan dengan lancar kah??


Ya Allah, Kau ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, Kau peliharalah mereka sebagaimana mereka memliharaku sewaktu kecilku~~


Ya Allah, Kau ampunilah jua dosa adik2ku, saudara maraku yang dekat dan jauh, sahabat2ku, guru2ku, jiran2ku serta seluruh umat Islam sekalian.... Kau berilah hidayah dan petunujkMu kepada kami, sesungguhnya kami tidak mengetahui~~


Wahai Tuhan, sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Kau sukakan keampunan, maka Kau berilah keampunan kepada kami ~~



Maafkanlah along...Miss U all so MUCH~~~
Sanah helwah, selamat hari lahir :
mak ( 2 januari 1968 ) dan abah ( 23 januari 1965 )...

Isnin, 24 Januari 2011


" Jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta.. Ia harus memiliki muara yang menjadi labuhan cintanya.. Aku tidak melihat seorang pun yang lebih mulia bagi emosi cintaku selain seorang sahabat yang ruhnya menyatu dengan ruhku, sehingga dengan sepenuh hati kuberikan cintaku padanya dan ku utamakan dia untuk menerima persahabatanku ini " - al-Syahid Imam Hasan al-Banna......


Ahad, 23 Januari 2011

~ 7 AyAt CinTa ~

1. Bismillah setiap kali hendak memulakan sesuatu...

2. Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu...

3. Astaghfirullah jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk...

4. InsyaAllah jika ingin melakukan sesuatu...

5. Lahaulawalaquwwataillabillah apibila tidak dapat melakukan sesuatu yang amat berat @ melihat sesuatu yang buruk...

6. Innalillah jika menghadapi musibah @ kematian...

7. Lailahaillallah bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya...


Selasa, 18 Januari 2011

Fitnah Perempuan

Fitnah : dr perkataan BA - sesat, kafir, jahat, @ membakar dgn api. fitnah perempuan mencakupi semua pengertian tersebut, plg sesuai n tepat disifatkan kpd perempuan. ini krn perempuan itu memftnah tiap2 org yg dia cintai n dia benci...


Senjata fitnah :
1) air mata : memiliki kuasa yg luar biasa, mereka menangis ktka kesusahan atau tdak mendpt apa2 yg dingini... 2) pandai mengambil hati : boleh berpura2 mengambil berat akan masalah yg dihadapi seseorang.. 3) mendedahkan aurat : berharap dijadikan tumpuan ajnabi.. 4) senyuman : murah dengan senyuman apabla mahu menakhluki someone, somebody, somewhere.. 5) tipu daya : pandai berputar belitkan situasi.. 6) tutur kata yg manis : bijak memilih kata2 apb mahukan sesuatu prtolongan.. 7) gertak : terjadi apb rasa diri terancam...


Pesan Rasulullah SAW : مَا تَرَكْتُ فِتنَةً أَضَرَّ على الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
ertinya : tidak aku tinggalkan fitnah yg lebih dahsyat ke atas lelaki melainkan perempuan..


Marilah kita same2 muhasabah diri wahai mujahidah2 sekalian...betapa banyaknya perlakuan kita yg secara kita tidak sedar telah mengundang fitnah yg besar kpd dunia~~Ya ALLAH, berilah hidayah dan petunjuk Mu kpd kami, sesungguhnya kami tidak mengetahui...AMIN...



Isnin, 20 Disember 2010

Hannan Masuk Prasekolah??? Oh TIDAK !!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim~~


PROFIL EMPUNYA KESAH~~
Nama : Abdul Hannan Bin Noor Sabri
Umur : 5 Tahun
Anak ke : Bongsu dr 7 - terover manja...
Sikap : Agak Lasak dan kdg2 baik hati ( buwekkkk ) -kak effa cakap....
Cita2 : Jual nasi lemak - kak lang tukang beli...
Minuman kegemaran : " Mak, buat milo bila adik nak jela...kalau x, nak air masak je " ( jge kesehatan sngt la tuhhhh )
Makanan Kegemaran : Mee air ( ala2 sup gitu ), mamee, megi ( x berkasiat la plak ), kerang disebalik kuey teow, nasi berlemak tu n mkanan2 yg menggemukkan la... - tp badan cm gtu gak...
Hobi : suka tonton smackdown stiap khamis ( MasyaAllah ), wt bising, maen2 batu2 dpn umah wan....
Kelebihan : liat bangun tido - camne la nk sek taun dpan~



Kami semua mendoakan semoga adik a.k.a hannan dpt menjalani kehidupan d sek dgn baik, dpt cari rmai kawan, sukan sme2, pegi kantin sme2, kalu x ckup duit, mintak je kt mak hehe...Maafkan kami ~~along, angah, kak lang, abg ude, kak effa, kakak sarah ( tukang wt citer brdasarkan pengalaman... )

bestnye kalu klas kite pon cm neh,kan33x?

Sedihnya saya...

Assalamualaikum...

Minta maaf semua kerana terlalu lama mendiamkan diri... Pertama2nya, ingin saya nyatakan diamnya saya di sini bkn kerana ketandusan idea ataupun kesibukan kerja di rumah, tetapi krn masalah line internet yg dihadapi...

Tahniah jge saye tujukan kpd saudara2 sye yg telah menyempurnakan sebahagian drpd agama, iaitu membina mahligai di musin cuti sek, moge2 bahagia hingga ke syurga, amin...


Teringat saya sewaktu sibuk2 melakukan aktiviti rewang ( potong2 bwang, cili n sbagainya ) utk mjls perkahwinan saudara...sewaktu membungkus bunga telur di ruang tamu rumah bekenaan, saya terlihat sebuah rancangan realiti tv yg dipaparkan...terkejut apb melihat kanak2 yg baru setengah jagung ternyanyi2 di atas pentas tersebut..sedih melihat apabila kanak2 sebegitu sudah diajar dengan perkara2 yg sangat33x tidak membawa sebarg faedah kpd mereka...

Saya berasa sgt bersyukur krn dididik dalam suasana yg dapat menjaga diri serta adk2 yg lain...semoga mrk semua mndapat hidayah n petunjuk drpd ALLAH...





Thank you ALLAH...
Thank you ALLAH...

For my mother, my father n all~~

Ahad, 7 November 2010



Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester kepada guru pelatih Afzan,
juga kepada Naimah yg bakal mengambil SPM x lama lagi...
Wish u good luck!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...