BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �


Selasa, 27 Oktober 2009

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Ahad, 11 Oktober 2009

::... aL-JauHaRi ...::


adik yuki....warne cantik2...


adk wafiq...canti x ustzh??? cantk2...


cpat syakir... dh nk blik dh nh...


yeaaaa...ustzh fatina mnunjukkn bkat terpendam...


adk iwan...saper x siap x leh balik...


adk kamila...smakin ari semakin bagus...tahniah2...


adk anaki...ustzh, saye kaler warne warni...

Assalamualaikum...sedikit coretan berkenaan dengan al-Jauhari...
sebuah organisasi yang dilancarkan utk mengajar fardhu ain dan iqra' bagi anak-anak pensyarah ipgmtaa serta yang sekitar dengannya...

bermula dari jam 8.30 pagi, kelas iqra'....
disusuli rehat jam 10 - 10.30 pg....

kemudian kelas fardu ain sampai jam 11.30 pagi...

alhamdulillah...

minggu ni dan sebelumnya, saya diberi peluang utk mengajar kelas fardu ain dibawah subjek akidah...

subjek yang sangat berat utk diajar n dipelajari kerana melibat pemikiran yang sangat mendalam berkenaan konsep ketuhanan khususnya...

namun...

minggu ni saya sangat gembira...

apabila dapat mengajar kelas ibnu rushd, yg terdiri drpd umur4-6 tahun...

silibus minggu nh adalah sifat2 harus bagi Allah dan Rasul...

aktivitinya adalah mewarna...

dan yg paling penting, semuanya mendengar kata....

time kaceh semue sbb bagi komitmen kat ustzh...
trima kaseh juge sye tujukan kpd us Jamaluddin dan mt tertinggi kelas jauhari kerana mengatur jadual waktu u syer...
kini ku dpt menikmati perasaan sebenar menjadi seorang guru sek ren...

Selasa, 6 Oktober 2009

** TuNTuTaN BeRTeRuS TeRaNG DeMi MeNoLaK PRaSaNGKa BuRuK DaN FiTNaH **


عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ حُيَيٍّ قَالَتْ


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُعْتَكِفًا فَأَتَيْتُهُ أَزُورُهُ لَيْلًا فَحَدَّثْتُهُ ثُمَّ قُمْتُ لِأَنْقَلِبَ فَقَامَ مَعِيَ لِيَقْلِبَنِي وَكَانَ مَسْكَنُهَا فِي دَارِ

أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ فَمَرَّ رَجُلَانِ مِنْ الْأَنْصَارِ فَلَمَّا رَأَيَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْرَعَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى

رِسْلِكُمَا إِنَّهَا صَفِيَّةُ بِنْتُ حُيَيٍّ فَقَالَا سُبْحَانَ اللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ الْإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ وَإِنِّي خَشِيتُ

أَنْ يَقْذِفَ فِي قُلُوبِكُمَا شَرًّا أَوْ قَالَ شَيْئًا


Hadis Sofiah binti Huyai r.a katanya:
Pada suatu malam ketika Nabi s.a.w sedang beriktikaf aku datang menziarahi baginda. Setelah puas berbual-bual dengan baginda, akupun berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku. Manakala tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid. Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Apabila mereka melihat Nabi s.a.w mereka mempercepat langkah mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda: Perlahankanlah langkah kamu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai Maha suci Allah, wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia. Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang tidak baik dalam hati kamu berdua.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SALAM
BAB : Menerangkan Bahawa Bagi Sesiapa Yang Terlihat Seseorang Berdua duaan Dengan Seorang Wanita Sedangkan Wanita Tersebut Adalah Isterinya Atau Mahramnya, Sunat Menyatakan: Ini Si Anu, Demi Menolak Prasangka Buruk Terhadapnya

** aDaB DuDuK Di DaLaM MaSJiD **


عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ نَفَرٌ ثَلَاثَةٌ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ

إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا

أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الْآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ

رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلَاثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ

وَأَمَّا الْآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ

Hadis Abu Waqid Al-Laithi r.a:
Ketika Rasulullah s.a.w duduk di dalam masjid bersama kaum Muslimin, tiba-tiba datang tiga orang lelaki, dua orang daripadanya terus menghampiri Rasulullah s.a.w lalu salah seorang dari keduanya menghadap Rasulullah s.a.w. Setelah melihat ada tempat kosong beliau terus duduk di situ. Adapun yang seorang lagi, duduk di belakangnya. Sementara itu, orang yang ketiga, terus pergi. Setelah Rasulullah s.a.w selesai, baginda bersabda: Tidakkah kamu ingin aku beritahu tentang tiga orang tadi? Salah seorang di antara mereka berlindung kepada Allah, maka Allah melindunginya. Yang keduanya malu, maka Allah pun malu kepadanya. Sedangkan orang yang ketiga menghindar, maka Allah menghindarkan darinya.


HADIS : RIWAYAT MUSLIM

KITAB : SALAM

BAB : Seseorang Yang Datang Ke Suatu Majlis Dan Didapati Ada Tempat Kosong, Beliau Boleh Duduk Di Situ. Sekiranya Tidak Ada Tempat Kosong Maka Hendaklah Beliau Duduk Di Belakang Orang orang Yang Hadir Terlebih Dahulu

Isnin, 5 Oktober 2009

KONSEP AKIDAH

Definisi Akidah

Akidah pada umumnya adalah suatu perkara yang wajib dibenarkan oleh hati, dan jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak dan keraguan.

Akidah dalam Islam adalah perkara asas (usul) di mana tumbuh cabang-cabang syariat darinya. Syariat pula adalah amalan-amalan yang berupa ibadat dan muamalat yang dianjurkan oleh Islam hasil dari akidah tersebut. Dengan sebab inilah ilmu akidah ini juga dinamakan sebagai ilmu usuluddin atau yang bermaksud ilmu usul agama.

Oleh itu, dalam agama Islam akidah itu merupakan suatu perkara yang telah ditetapkan malah wajib bagi pegangan akidah itu disertakan dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak merupakan suatu keraguan (dzan) dan bukan akidah. Dalilnya adalah seperti dalam firman Allah (swt) dlam ayat berikut :

1. Alif laam miin

2. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,

( Surah al-Baqarah : 1-2 )

Perlu ditegaskan juga di sini bahawa masalah-masalah akidah yang wajib diiktikadkan merupakan perkara-perkara ghaib yang tiada dapat disaksikan dengan mata sepertimana yang diterangkan oleh Allah (swt) dalam memuji orang-orang yang beriman,firman Allah (swt) :

3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka.

( Surah al-Baqarah : 3 )

Sehubungan dengan itu kita dapati bahawa rukun iman menyatakan Allah (swt) itu ghaib dan begitu juga para malaikat,hari akhirat, qada’ dan qadar adalah perkara-perkara ghaib. Meskipun para rasul dan kitab boleh dilihat tetapi apa yang dikehendaki dalam konteks keimanan terhadap Allah (swt) ialah hakikat bahawasanya para rasul itu adalah utusan dari Allah (swt), dan juga kitab-kitab adalah diturunkan oleh Allah (swt), dan ini semua adalah perkara ghaib.

Selasa, 15 September 2009

:: MaJLiS KHaTaM aL-QuRaN & BeRBuKa PuaSa ::








Assalamualaikum umat manusia sekalian...

Alhamdulillah, seperti yang telah dirancang, majlis tersebut berjaya dijalankan oleh penghuni blok kediaman Mawar 2009. Tahniah diucapkan kepada semua di atas komitmen yang kalian berikan..Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..Sekarang, kami warga ipgmtaa sibuk dengan kerja kursus ( esaimen ba untuk unit pai sem3 ) yang perlu dihantar sebelum cuti raya jumaat ini..

Raya2 gak, esaimen jangan lupe kawan2 ek :)


Khamis, 3 September 2009


Salamullahi Ta'ala Alaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh..
Selamat Menunaikan Umrah buat tok ki dan wan tercinta...
Semoga selamat pergi dan kembali...
Kami disini sentiasa merinduimu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...