BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Isnin, 29 Jun 2009

** KOSMETIK DAN PRODUK DANDANAN DIRI **


UJIAN HAIWAN BUKAN JAMINAN SELAMAT

Produk dandanan diri dan kosmetik biasanya diuji bagi memastikan ia selamat untuk digunakan. Bagaimanapun, kejayaan yang dilakukan ke atas haiwan makmal bukan jaminan ia selamat atau tidak meninggalkan kesan buruk kepada manusia. Ini kerana perbezaan dalam metabolisme, struktu kulit malah suatu bahan itu mungkin beracun kepada satu spesies tetapi tidak kepada spesies yang lain. Selain itu, ujian-ujian keracunan ke atas haiwan sering menggunakan bahan-bahan dengan kadar kepekatan 100. 1000 atau 10000 kali ganda kadar yang mungkin manusia terdedah kepadanya dalam keadaan sebenar.

3 jenis ujian ke atas haiwan :

1. Keracunan ( untuk melihat sama ada sesuatu bahan itu memudaratkan ): produk seperti bahan peluntur atau gincu bibir diberi makan secara paksa kepada sekumpulan haiwan, biasanya tikus, hingga separuh daripadanya mati.

2. Kerengsaan mata : produk seperti syampu atau semburan rambut dititik atau disembur ke dalam mata arnab yang masih sedar. ( Kilang air mata arnab tidak dapat menyingkirkan bahan seperti itu ). Ujian ini boleh diteruskan selama beberapa hari untuk melihat sama ada mata itu mengalami kerosakan ataupun tidak.

3. Sensitiviti atau radangan kulit : bahan-bahan seperti deodoran atau krim muka dikenakan kepada kulit haiwan yang telah dicukur, biasanya tikus belanda atau arnab. Haiwan-haiwan ini diikat beberapa lama dengan pita perekat untuk melihat sama ada terdapat kesan buruk. Tanda-tandanya termasuklah radangan dan pembengkakan.

SUMBER HAIWAN DALAM KOSMETIK

Jika anda kuatiri kosmetik yang akan digunakan mengandungi bahan ramuan daripada sumber haiwan, awasi dan elakkan produk yang mengandungi bahan berikut :

1. Ambergris : dieskstrak daripada saluran usus ikan paus sperma

2. Castoreum : haruman yang diperolehi daripada kelenjar seks beaver

3. Hyaluronic acid : diperolehi daripada balung ayam

4. Lanolin : bahan berlemak yang menutup bulu kambing biri-biri

5. Mink oil : digunakan sebagai pelembut dalam produk pelembab dan sebagai perapi dalam syampu dan produk pendandan rambut

6. Spermaceti : juga dikenali sebagai Cetyl Palmitate. Bahan berlilin daripada kepala ikan paus sperma atau ikan lumba-lumba

7. Tallow : diperolehi malalui kaedah merebus organ atau tisu kambing biri-biri dan lembu selepas disembelih dan dilapah isinya

8. Allantoin : diperolehi daripada sumber lembu dan terkandung dalam krim dan losen

9. Cetyl alcohol : lilin yang terkandung dalam spermaceti daripada ikan paus sperma atau ikan lumba-lumba

10. Gelatin : protein yang diperolehi melalui kaedah merebus kulit, tendon, ligamen, atau tulang lembu dan babi dalam air. Digunakan dalam syampu, topeng muka dan kosmetik lain

11. Keratin : daripada tanduk, kuku, pelepah dan bulu beberapa jenis haiwan yang telah dikisar. Digunakan dalam bilasan rambut, syampu dan produk yang menjadikan rambut kekal bergelombang

12. Musk oil : diperolehi daripada alat kelamin rusa, beaver, muskrat, kucing civet dan memerang

13. Pristane : diperolehi daripada minyak hati jerung dan ambergris ikan paus

14. RNA atau Ribonucleic acid : diperolehi daripada sisa buangan rumah sembelihan. Digunakan dengan banyaknya dalam kosmetik dan syampu berprotein

15. Squalene : minyak daripada hati jerung dan sebagainya. Digunakan dalam kosmetik, pelembab dan pewarna rambut

16. Stearic acid, Stearates, Stearamide, Stearamine : lemak daripada lembu, kambing biri-biri, anjing dan kucing daripada rumah perlindungan haiwan. Paling kerap ia merujuk kepada haiwan berlemak yang diperolehi daripada perut babi. Digunakan dalam kosmetik, sabun, semburan rambut, pendandan, deodoran dan krim. Oleh itu, sentiasalah berhati2 ketika memilih bahan kosmetik yang ada di pasaran agar kita dapat menggunakan rezeki Allah yang halalan toyyiban... ( panduan CAP )

Antara gambar2 yg berkaitan :












Ahad, 24 Mei 2009

JamUaN PPIsmP Pai/Bi/Ba Sem 2...











alhamdulillah...seperti yang telah dirancang,
akhirnya berjayer gak jamuan tersebut diadakan...

selamat menjamu selera semua...
yuuuuuummmmmmm3...







Sabtu, 9 Mei 2009

sekitar majlis merisik pankdak...gembre nampak...

























<< khAsIAt kUrmA >>

Setiap kali menjelang Ramadhan, kurma pasti akan menjadi hidangan wajib untuk berbuka walaupun sebiji dua. Masa inilah pelbagai jenis, rasa dan rupa kurma tiba-tiba mucul di pasaran yang kerap dijadikan hadiah atau buah tangan. Biar apa pun bentuknya, kurma adalah buah-buahan yang mengandungi banya khasiat.

Masyarakat Arab mempercayai bahawa memakan kurma bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi ia juga boleh menghaluskan kulit, memperbaiki sistem pencernaan, dan memberi tenaga kepada wanita hamil kerana ia dipercayai boleh membantu perkembangan otak bayi.

Kurma juga ada banyak kelebihan :
Ø Kaya dengan zat besi- sangat sesuai untuk perempuan yang sedang haid dan yang menghidapi penyakit anemia ( kekurangan sel darah merah )
Ø Boleh dimakan bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolestrol
Ø Kaya khasiat : protein ( 1.8 hingga dua peratus ), serat ( 2-4% ), glukosa ( 50-57% ), vitamin A dan C, sodium dan potassium
Ø Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma menyebabkan kita berasa cepat kenyang dan dapat mengelakkan kita daripada memakan makanan berlebihan
Ø Kandungan potassium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin ( aprodisiak ) dan meningkatkan sistem pertahanan badan, khususnya untuk mencegah barah payudara dan rahim
Ø Kurma yang diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar dengupan jantung
Ø Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan yang boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana yang dilakukan oleh Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Rabu, 1 April 2009

::di mana cantiknya seorang wanita::


Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus menenangkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah. Namun, sekiranya anda mengamalkan petua di bawah, InsyaAllah wajah anda akan sentiasa berseri walaupun sudah dimamah usia.
Anda ingin lebih cantik dan menarik??
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.
# Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...