BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Isnin, 20 Disember 2010

Sedihnya saya...

Assalamualaikum...

Minta maaf semua kerana terlalu lama mendiamkan diri... Pertama2nya, ingin saya nyatakan diamnya saya di sini bkn kerana ketandusan idea ataupun kesibukan kerja di rumah, tetapi krn masalah line internet yg dihadapi...

Tahniah jge saye tujukan kpd saudara2 sye yg telah menyempurnakan sebahagian drpd agama, iaitu membina mahligai di musin cuti sek, moge2 bahagia hingga ke syurga, amin...


Teringat saya sewaktu sibuk2 melakukan aktiviti rewang ( potong2 bwang, cili n sbagainya ) utk mjls perkahwinan saudara...sewaktu membungkus bunga telur di ruang tamu rumah bekenaan, saya terlihat sebuah rancangan realiti tv yg dipaparkan...terkejut apb melihat kanak2 yg baru setengah jagung ternyanyi2 di atas pentas tersebut..sedih melihat apabila kanak2 sebegitu sudah diajar dengan perkara2 yg sangat33x tidak membawa sebarg faedah kpd mereka...

Saya berasa sgt bersyukur krn dididik dalam suasana yg dapat menjaga diri serta adk2 yg lain...semoga mrk semua mndapat hidayah n petunjuk drpd ALLAH...





Thank you ALLAH...
Thank you ALLAH...

For my mother, my father n all~~

Ahad, 7 November 2010



Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester kepada guru pelatih Afzan,
juga kepada Naimah yg bakal mengambil SPM x lama lagi...
Wish u good luck!!!!

Selasa, 26 Oktober 2010

SUARA WANITA : Aurat atau Bukan ~ Peringatan buat kaum hawa~~



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


At-10-tion to all muslim...

Please cover ur aurah because the mentainnance will.....

Kerap kali saya mendengar pgumuman sebegini smse d matrikulasi uia nilai, n9...


kini, orang ramai khususnya perempuan muslim kerap salah faham tentang konsep aurat...bagi mereka cukup sekadar menutup seluruh badan kecuali muka n tapak tangan... Itu belum lagi mereka yg menutup badan ala kadar tanpa menepati syariat Islam yg telah ditetapkan... Namun tanpa kita sedari, kita sebenarnya masih tidak dapat menjaga satu lagi aspek yg agak penting iaitu : SUARA ~~





Perbahasan mengenai kedudukan suara wanita telah banyak dibahaskan. Pelbagai pendapat berhubung permasalahan ini telah dikemukan samada yang disandarkan kepada nash syarak atau secara aqliyah semata. Tidak dinafikan wujudnya percanggahan pendapat dalam perkara ini. Pada kesempatan kali ini, sekali lagi kita akan turut membahaskan perkara ini. Apa yang bakal kami tampilkan di sini merupakan prinsip yang dipegang oleh penulis setelah mengkaji secara dalam dan menyeluruh (al-fikrul al-mustanir) berdasarkan nash-nash yang ada. Sekiranya para pembaca menginginkan penjelasan lanjut, anda dialu-alukan berhubung terus dengan sidang redaksi.



Adakah boleh mendengar nyanyian dari seorang wanita ? Apakah kedudukannya dan bagaimanakah seharusnya sikap dan pendirian kita ? Mungkin persoalan sedemikian rupa sering berlegar di benak pemikiran kita. Ada yang mengatakan bahawa yang boleh didengar adalah nyanyian dari lelaki, sedangkan nyanyian seorang wanita adalah haram untuk didengar. Alasannya, suara wanita itu aurat (hal yang tidak boleh ditampilkan). Jawapannya wallahu ‘alam.



Walaupun nyanyian yang memalukan itu haram dikerjakan bila disertai dengan perbuatan haram atau mungkar namun mendengarkannya tidaklah haram. Keharamannya itu terbatas pada mendengarkannya secara langsung dari penyanyinya ditempat maksiat (contohnya konsert secara langsung), bukan kerana suara penyanyi wanita itu aurat. Keharaman itu terletak pada sikap berdiam diri terhadap nyanyian yang berisi kata-kata mungkar dan si penyanyi wanita tersebut menampilkan kecantikkannya untuk ditonjolkan dengan membuka auratnya, misalnya rambut, leher, dada, betis, paha dan bahagian aurat lainnya. Inilah yang diharamkan oleh syara’, bukan kerana masalah mendengarkan nyanyian wanita itu.



Suara wanita bukan aurat kerana jika disebut demikian, mengapa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak wanita menyanyi di rumahnya ? Selain itu, baginda SAW juga tidak keberatan berbicara dengan kaum wanita, sebagaimana yang terjadi ketika menerima bai’at dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan beliau pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan menyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Semua keterangan tersebut dan keterangan serupa lainnya menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat.



Selain itu, syara’ telah memberikan hak dan kekuasaan/kebenaran kepada kaum wanita untuk melakukan aktiviti jual-beli, berdagang, menyampaikan ceramah atau mengajar, mengaji Al Quran di rumah sendiri, membaca qasidah atau syair dan sebagainya. Jika suara mereka itu dianggap aurat atau haram diperdengarkan maka tentu syara’ akan mencegah mereka melakukan semua aktiviti tersebut. Inilah hujjah yang kuat. Memang diakui, syara’ melarang wanita menampilkan perhiasannya di hadapan kaum lelaki yang bukan mahramnya, melenggak-lenggok atau manja dalam berbicara sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:

“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]



Syara’ tidak melarang wanita berbicara dengan lelaki dengan syarat ia tidak menampilkan kecantikkan atau perhiasannya kepada masyarakat umum di samping ketentuan lain yang telah ditetapkan oleh syara’. Oleh kerana itu, mendengar suara wanita tidaklah haram sebab ianya bukan aurat. Tidak ada larangan wanita untuk berbicara dengan kaum lelaki kecuali dengan suara manja, merayu, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap wanita tersebut. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:

“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]



Apabila wanita sudah melanggar perintah tersebut maka tidak hanya dirinya yang terlibat dalam perbuatan dosa atau haram, tetapi setiap orang yang membiarkan hal tersebut kerana mereka tidak menyeru kepada yang ma’ruf terhadap wanita itu dan tidak pula mencegahnya melakukan yang mungkar.



Rasulullah SAW bersabda mengenai hal ini:

“Siapa saja di antara kalian yang melihat adanya kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu melakukannya, maka hendaklah dengan lisannya. Kalau inipun tidak mapu dilakukannya, maka hendaklah dengan menolaknya di dalam hatinya. Tetapi itulah iman yang selemah-lemahnya.” [HR Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa’i dan Ibn Majah]

Wallahu'alam

Sumber : http://unity99.tripod.com/suara.html

Jumaat, 1 Oktober 2010

~ SeMoGa CePaT SeMBuH SaHaBaTKu ~

Selawat Syifa’

Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Bersabarlah wahai sahabatku...Sesungguhnya setiap ujian, musibah yang melanda adalah utk menguji tahap keimanan kita, jua sbg penghapus dosa yg telah lalu..

Tidak didatangkan segala mehnah tersebut kecuali kpd mereka yg mampu...Ku tahu kau mampu menanganinya...teruslah bertahan, teruslah bersabar dan teruslah berharap...




Semoga kembali seperti sedia kala...namun tidak diakui setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... Ku kan terus berdoa...Moga bertemu lagi :)

Rabu, 22 September 2010

*Jika ada langkah yang menoreh hati..
* Ada tingkah membekas luka..
* Ada lisan yang tidak terjaga..
*Ada janji yang tidak tertunai..
* Ada hati yang berperangsangka serta ucapan berbunga dusta..




~ Mohon dibukakan pintu kemaafan kepada semua pengunjung dan sahabat sekalian~

Harap2 masih lagi tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemenangan Islam, Eidul Fitri...

..Salam ingatan penuh ikhlas, maaf zahir dan batin..



Selasa, 24 Ogos 2010

** Ahlan WaSAHlaN Ya HabiBi **



Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke 14 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Semuanya berjalan dengan lancar dan dalam keadaan baik.. Sepanjang Ramadhan ni, marilah kita sama2 mengejar segala kebaikan yang dikurniakan Allah kepada hambanya..



Janganlah kita menjadi sebagai seorang yang masuk ke dalam sebuah lombong emas, kemudian kelaur begitu sahaja tanpa mengambil walau sedikit pun bekalan dari tempat tersebut. Alanglah ruginya kita jika menjadi seperti itu !!!





Assalamualaikum..


" Selamat Hari Lahir "
" Happy Belated Birthday "
" Eid Milad, Sanah Helwah "

Kepada adik2 saya yg disayangi...

Abang Cik ~ Mohd Burhanuddin ( 13 Julai 1994)
Abdul Hanan ( 12 Ogos 2005 )
&
Me ~ Nur 'Aqilah ( 21 Ogos 1990 )

Semoga hidup lebih diberkati dan
dimurahkan rezeki oleh Allah selalu...
Moga2 kejayaan sentiasa mengiringi langkahmu...
Amin....

Kite share ek kek nh..
huhu~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...