BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Sabtu, 17 Julai 2010

** dUhAi PokOk keLApA **

Wahai rakan2 skalian..

Jadikanlah diri kita bak pokok kelapa, setiap bahagian bermanfaat buat kita semua..



Batangnya boleh dibuat jambatan, lidinya boleh dibuat penyapu, buahnya memberi kelazatan, airnya penawar dan penghilang kehausan, santannya pelengkap masakan, sabutnya dibuat berus, tempurungnya menemani keriangan kanak-kanak bermain tapak gajah..



Buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua, hal ini mengingatkan bahawa kematian terlalu hampir dengan kita, bila2 masa dimana jua..



Alhamdulilah, pada hari ini, selesai juga saya menghabiskan bacaan saya secara skimming n scanning sebuah novel berunsurkan Islamik yang bertajuk " TAUTAN HATI ', karya Saudari Fatimah Syarha Mohd. Noordin..

Hati saya sangat terkesan dengan setiap ayat yang ditulis di dalam novel tersebut.. saya sering merenung diri sendiri, adakah cukup amalan yang saya ada utk dibawa ke alam akhirat kelak.. Bagaimana pula sekiranya Allah terlebih dahulu menjemput saya sblm sempat saya membersihkan hati saya dari sebarang dosa2..



Novel tersebut banyak menceritakan tentang perjuangan beberapa syabab dan fatayat dalam memperjuangkan Islam di muka bumi ini.. Adakah saya mempu menjadi seperti mereka yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam mengembangkan syiar Islam dengan menghadiri halaqoh2, majlis2 ilmu dan sebagainya..
Bantulah aku ya Allah, ataupun aku buntu..



Berbalik kpd pokok kelapa td, Pokok kelapa merupakan tazkirah terbaik buat diri kita semua.. Oleh itu, marilah kita sama2 menjadi seperti pokok kelapa atau lebih hebat dari pokok kelapa yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain..



SeLaMaT BeRaMaL ~~

Khamis, 1 Julai 2010

~ WaLiMaH MakSuu~

Alhamdulillah, 6 Jun 2010 yg lalu, telah sempurna sebahagian daripada agamanya bagi dua orang hamba Allah yang selamat diijab qabulkan dalam satu walimah yang disambut secara sederhana di sebuah masjid di Felda Melati Jengka 11. Pasangan suami isteri tersebut adalah Norliana Talib dan Mohd Ramzi ( klu x slap la ) merangkap ibu saudara saya yang bongsu...walimah tersebut dilangsungkan dalam suasana yang cukup meriah dengan kehadiran sanak saudara yang datang dari jauh..semoga keberkatan mengiringi tetamu yang hadir..InsyaAllah..


~~akad nikah pada sebelah paginya~~








~~walimah di Felda Jengka 11~~






~~walimah di Johol. n9~~







Semoga berbahagia hingga ke syurga..Amin-)

Jumaat, 4 Jun 2010


Assalamualaikum pengunjung sekalian...
sudah lama x mengupdate laman sesawang ini memandang sbuk dgn musim imthan dan taraf ksihatan yg x mengizinkan...
walau bagaimanapun, Selamat Bercuti saya ucpkan kpd seluruh warga IPGKTAA yg bermula pd 4 Jun sehingga 27 Jun 2010...




Gunalah kesempatan yg ada utk melakukan kerja2 yg
berfaedah di musim cuti kite....

Semoga bertemu lagi pada semester depan...
Wassalam...

Sabtu, 15 Mei 2010

GURU OH GURU


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi..

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.
.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG1979



Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada :
a) kedua ibubapaku yg disayangi,
Noor Sabri Abd Rahman ( Ma'ahad SAS )
dan
Nor'Aini Talib ( SK Bandar Pusat ) ..
b) ibu2 dan bapa2 saudara saya..
c) guru PASTI Jengka Sebelas..
d) guru SK Jengka Sebelas..
e) guru SK Jengka 15..
f) guru SK Bandar Pusat..
g) guru Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka..
h) pensyarah2 IPGTAA..
i) guru
2 pelatih IPGTAA..
j) dan kpd semua yg pernah mengajar diri ini sebarang ilmu
yg bermanfaat sma ada secara formal ataupun tidak formal..


guru2 ma'ahad SAS


Terima kasih tidak terhingga atas jasa dan bakti yg dicurahkan..
hanya Allah sahaja yg mampu membalas jasa kalian..
Semoga semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah Ta'ala..

tidak lupa juga saya ucapkan selamat hari lahir @ sanah helwah
kpd ibu saudaraku yg lahir
pd 16 mei ( Nor Hayati Talib SMK Seri Jengka )..
selamat hari guru dan selamat hari lahir...

Ahlan Wa Sahlan Ya Imtihan....
Ta'al !!!!

Nampaknya musim imtihan telah tba kembali...
sudah bersediakah kalian semua??

Setelah berusaha dan berdoa, marilah kita sama2 bertawakkal...
dapatkan yg terbaik untuk ujian kita kali ini, moge2 lbh baik dari semester2 yg lepas...
Amin hendakNya..



Kpd PISMP PAI Sem 1 khususnya, selamat menduduki peperiksaan saya ucapkan.. sentiasalah jaga kesihatan agar musim peperiksaan pada semester kali ini dapat berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang masalah..



jgn meniru, jgn cube2 bg orang tiru..
ckgu mt ( ckgu roslan, sek. men. ) saya ckp dlu, org yg meniru dia nk jd org yg bodoh, org yg bg kawan dia tru plak nk kwn die jd bodoh.. oleh itu, jauhkan diri kita semua dr perkara2 yg x baik mcm nih...




Jadual Peperiksaan PISMP PAI Sem 1

TARIKH

MASA

TEMPAT

M. PELAJARAN

20.5.2010

2.30-5.00 ptg

DDM

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA

( EDU3101 )

24.5.2010

2.30-5.00 ptg

DDM

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

( EDU3102 )

25.5.2010

2.30-5.00 ptg

DDM

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEK. REN.

( PIM3101 )

26.5.2010

2.30-5.00 ptg

DDM

PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

( PIM3102 )

Selamat Menduduki Peperiksaan Kpd Semua




Khamis, 13 Mei 2010

~ Walimatul 'Urus ~




InsyaAllah pada 5 dan 19 Jun 2010 nh, ibu saudara syer yg dikasihi
akn melangsung
kan perkahwinan dgn jejaka pilihannya dr n.9...





Moga2 bahagia ke akhir hayat....
banyak2kanla bersabar dalam menempuh hidup berumah tangga....





Kepada pengunjung yg mengenali beliau, jemput hadir..





Assalamualaikum..


" Selamat Hari Lahir "
" Happy Belated Birthday "
" Eid Milad, Sanah Helwah "

Kepada adik2 saya yg disayangi...

Kak Lang ~ Naimah ( 11 Mei 1993 )
Siti Maisarah ( 11 Mei 2001 )

Semoga hidup lebih diberkati dan
dimurahkan rezeki oleh Allah selalu...
Moga2 kejayaan sentiasa mengiringi langkahmu...
Amin....

Amek kek nh sorang satu, jgan gadoh2...
hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...