akn melangsungkan perkahwinan dgn jejaka pilihannya dr n.9...

:: 5 PERKARA YANG MENERJUNKAN WANITA KE DALAM NERAKA ::
Sabda Rasulullah s.a.w dengan maksudnya : “ kebanyakan wanita itu adalah isi dan kayu neraka ”, Sadatina Aisyah bertanya, “ Mengapa wahai Rasulullah? ” Jawab Rasulullah s.a.w :
1) KERANA kebanyakan wanita itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan dan cubaan seperti sakit melahirkan anak, mendidik anak, melayan suami dan melakukan kerja-kerja di rumah..
2) TIADA memuji ( bersyukur ) di atas kemurahan Allah yang didatangkanNya melalui suaminya ( jarang orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya )..
3) SERING mengkufurkan ( engkar ) tentang nikmat Allah, contohnya bila berlaku sesuatu pertengkaran ada isterinya yang mengatakan “ sudah sepuluh tahun saya kahwin dengan awak, tak ada ape pon yang saya dapat ”..
4) GEMAR bercakap perkara yang sia-sia dan berdosa, contohnya bercakap tentang perabot rumah dan mengumpat..
5) KURANG akal dan kurang ilmu pengetahuan Islamnya di mana mereka sering tertipu dan terpengaruh pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan kemewahan dunia..
Nama Syaitan dalam al-Fatihah
Semoga boleh dimanfaatkan.. Al-Fatihah merupakan salah satu rukun dalam solat.. Jika cacat bacaannya, maka rosaklah solat.. Oleh itu, perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid.. Bukan setakat bacaannya sahaja yang rosak, malah kita menyebut nama Syaitan di dalam solat kita.. Berikut diperturunkan nama Syaitan laknat yang wujud di dalam al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati2..
1) DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2) HIR ROB ( bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya HI ROB
3) KIYYAU ( bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KI YAU
4) KANNAK ( bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAK
5) KANNAS ( bila dibaca dengan sabdu ) sepatutnya KA NAS
6) IYA ( disebut tanpa sabdu ) sepatutnya Iyya.. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud ' kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan '
7) SIROTHOLLAZI...sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti..
8) AMIN....hendaklah mengaminkan al-Fatihah dengan betul iaitu, AA...dua harakat, MIN...3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para Malaikat..
Insya-Allah, semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya..~