

MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia, malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan yang tidak terjangkau oleh akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah dan mereka menggalakkan kita bersujud dengan lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud juga boleh :
• Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari kedudukan asalnya
• Membetulkan pundi peranakan yang jatuh
• Melegakan sakit hernia ( burut )
• Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
• Melegakan paru-paru daripada ketegangan
• Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
• Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
• Meringankan bahagian pelvis
• Memberi dorongan supaya mudah tidur
• Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
• Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik
• Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
• Mengurangkan kegemukan
• Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut ( convulsions )
• Organ terpenting iaitu otak manusia, menerima banyak bekalan darah dan oksigen
• Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus menghakis sikap sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Selasa, 4 Ogos 2009
HIKMAH SUJUD
Rabu, 22 Julai 2009
Ahad, 12 Julai 2009
** UBAT PENYEMBUH SYAITAN DAN IBLIS **

Ada sebuah kitab yang mengatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya. Walaupun seteruk manapun penyakitnya dan patah kakinya, namun ada sejenis ubat yang membantu menyembuhkan penyakitnya. Boleh dikatakan hampir setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangannya yang serius sehingga boleh dimasukkan dalam wad ICU. Namun, kita sebagai umat Islam pula telah bersimpati dengan nasib yang menimpa syaitan dan iblis dan telah menghulurkan ubat secara percuma kepada mereka yang dilaknat.
Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkaan anaknya mengganggu umat Islam yang baru hendak solat di masjid. Apabila sampai di masjid, si iblis sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis lintang-pukang sambil terlanggar bukit, pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tidak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka iblis tadi meraung kesakitan kerana cedera parah, patah kaki, patah tangan, dan sebagainya. Datanglah bapa mereka dan menyatakan bahawa hanya ada satu ubat sahaja yang boleh menyembuhkan kecederaan mereka. Lalu menyuruh mereka pergi ke rumah orang Islam dan carilah air kencing orang yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yang luka dan cedera parah. Sepantas kilat, mereka mencari orang Islam yang kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.
Kesimpulannya. Orang yang kencing berdiri inilah yang menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, JANGAN KENCING BERDIRI !!!!
Isnin, 29 Jun 2009
** KOSMETIK DAN PRODUK DANDANAN DIRI **
UJIAN HAIWAN BUKAN JAMINAN SELAMAT
Produk dandanan diri dan kosmetik biasanya diuji bagi memastikan ia selamat untuk digunakan. Bagaimanapun, kejayaan yang dilakukan ke atas haiwan makmal bukan jaminan ia selamat atau tidak meninggalkan kesan buruk kepada manusia. Ini kerana perbezaan dalam metabolisme, struktu kulit malah suatu bahan itu mungkin beracun kepada satu spesies tetapi tidak kepada spesies yang lain. Selain itu, ujian-ujian keracunan ke atas haiwan sering menggunakan bahan-bahan dengan kadar kepekatan 100. 1000 atau 10000 kali ganda kadar yang mungkin manusia terdedah kepadanya dalam keadaan sebenar.
3 jenis ujian ke atas haiwan :
1. Keracunan ( untuk melihat sama ada sesuatu bahan itu memudaratkan ): produk seperti bahan peluntur atau gincu bibir diberi makan secara paksa kepada sekumpulan haiwan, biasanya tikus, hingga separuh daripadanya mati.
2. Kerengsaan mata : produk seperti syampu atau semburan rambut dititik atau disembur ke dalam mata arnab yang masih sedar. ( Kilang air mata arnab tidak dapat menyingkirkan bahan seperti itu ). Ujian ini boleh diteruskan selama beberapa hari untuk melihat sama ada mata itu mengalami kerosakan ataupun tidak.
3. Sensitiviti atau radangan kulit : bahan-bahan seperti deodoran atau krim muka dikenakan kepada kulit haiwan yang telah dicukur, biasanya tikus belanda atau arnab. Haiwan-haiwan ini diikat beberapa lama dengan pita perekat untuk melihat sama ada terdapat kesan buruk. Tanda-tandanya termasuklah radangan dan pembengkakan.
SUMBER HAIWAN DALAM KOSMETIK
Jika anda kuatiri kosmetik yang akan digunakan mengandungi bahan ramuan daripada sumber haiwan, awasi dan elakkan produk yang mengandungi bahan berikut :
1. Ambergris : dieskstrak daripada saluran usus ikan paus sperma
2. Castoreum : haruman yang diperolehi daripada kelenjar seks beaver
3. Hyaluronic acid : diperolehi daripada balung ayam
4. Lanolin : bahan berlemak yang menutup bulu kambing biri-biri
5. Mink oil : digunakan sebagai pelembut dalam produk pelembab dan sebagai perapi dalam syampu dan produk pendandan rambut
6. Spermaceti : juga dikenali sebagai Cetyl Palmitate. Bahan berlilin daripada kepala ikan paus sperma atau ikan lumba-lumba
7. Tallow : diperolehi malalui kaedah merebus organ atau tisu kambing biri-biri dan lembu selepas disembelih dan dilapah isinya
8. Allantoin : diperolehi daripada sumber lembu dan terkandung dalam krim dan losen
9. Cetyl alcohol : lilin yang terkandung dalam spermaceti daripada ikan paus sperma atau ikan lumba-lumba
10. Gelatin : protein yang diperolehi melalui kaedah merebus kulit, tendon, ligamen, atau tulang lembu dan babi dalam air. Digunakan dalam syampu, topeng muka dan kosmetik lain
11. Keratin : daripada tanduk, kuku, pelepah dan bulu beberapa jenis haiwan yang telah dikisar. Digunakan dalam bilasan rambut, syampu dan produk yang menjadikan rambut kekal bergelombang
12. Musk oil : diperolehi daripada alat kelamin rusa, beaver, muskrat, kucing civet dan memerang
13. Pristane : diperolehi daripada minyak hati jerung dan ambergris ikan paus
14. RNA atau Ribonucleic acid : diperolehi daripada sisa buangan rumah sembelihan. Digunakan dengan banyaknya dalam kosmetik dan syampu berprotein
15. Squalene : minyak daripada hati jerung dan sebagainya. Digunakan dalam kosmetik, pelembab dan pewarna rambut
16. Stearic acid, Stearates, Stearamide, Stearamine : lemak daripada lembu, kambing biri-biri, anjing dan kucing daripada rumah perlindungan haiwan. Paling kerap ia merujuk kepada haiwan berlemak yang diperolehi daripada perut babi. Digunakan dalam kosmetik, sabun, semburan rambut, pendandan, deodoran dan krim. Oleh itu, sentiasalah berhati2 ketika memilih bahan kosmetik yang ada di pasaran agar kita dapat menggunakan rezeki Allah yang halalan toyyiban... ( panduan CAP )
Antara gambar2 yg berkaitan :
Ahad, 24 Mei 2009
Sabtu, 9 Mei 2009
<< khAsIAt kUrmA >>
Setiap kali menjelang Ramadhan, kurma pasti akan menjadi hidangan wajib untuk berbuka walaupun sebiji dua. Masa inilah pelbagai jenis, rasa dan rupa kurma tiba-tiba mucul di pasaran yang kerap dijadikan hadiah atau buah tangan. Biar apa pun bentuknya, kurma adalah buah-buahan yang mengandungi banya khasiat.
Masyarakat Arab mempercayai bahawa memakan kurma bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi ia juga boleh menghaluskan kulit, memperbaiki sistem pencernaan, dan memberi tenaga kepada wanita hamil kerana ia dipercayai boleh membantu perkembangan otak bayi.
Kurma juga ada banyak kelebihan :
Ø Kaya dengan zat besi- sangat sesuai untuk perempuan yang sedang haid dan yang menghidapi penyakit anemia ( kekurangan sel darah merah )
Ø Boleh dimakan bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolestrol
Ø Kaya khasiat : protein ( 1.8 hingga dua peratus ), serat ( 2-4% ), glukosa ( 50-57% ), vitamin A dan C, sodium dan potassium
Ø Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma menyebabkan kita berasa cepat kenyang dan dapat mengelakkan kita daripada memakan makanan berlebihan
Ø Kandungan potassium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin ( aprodisiak ) dan meningkatkan sistem pertahanan badan, khususnya untuk mencegah barah payudara dan rahim
Ø Kurma yang diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar dengupan jantung
Ø Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan yang boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana yang dilakukan oleh Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.



.jpg)
.jpg)
.jpg)
