BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �


Selasa, 8 Mei 2012

Selamat Pengatin Baru ku tujukan buah sahabatku yang sngt ku cintai kerana Allah, Nurul Afidah Mahdom yang bakal melangsungkan pernikahannya dengan rakan kelasku jua, Rahmatul Syukri Haidin...Setelah penat lelah dalam mencari dan terus mencari, akhirnya usaha yang dilakukan tidak sia-sia...Allah pertemukan kalian berdua dalam wadah yang sungguh tidak disangka-sangka...jodoh hanya dalam satu kelas...Maha Besar bukan kuasa Allah, banyak rahsianya yang tidak kita jangkau...Moga kalian berjaya melayari bahtera rumah tangga dengan penuh keamanan...


 

Sungguh kalian telah dipilih awal daripada kami oleh Allah untuk melengkapkan sebahagian daripada agama...Moga berbahagia sehingga ke syurga~


Rabu, 14 Mac 2012

Berbalik kini...

Dulu, masa kecik, mak yg jaga...kini, kita pula jaga mak...

Terkesan saya dgn ayat yg dilontarkan seseorg kepada sepupu saya di hospital seri manjung ptg td...Ibu kepada sepupu saya ( mak sedara saya ) telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di ususnye ptg semalam...
Alhamdulillah...mlm ni, giliran sepupu
saya pula yang menemani ibunya di hospital...saya melihat begitu payah sekali ibu saudara saya untuk bergerak disebabkan terlalu banyak wayar yang berselirat pada tangan, tubuh dan muka beliau...terfikir juga saya, bagaimana beliau hendak membersihkan tubuh, mengambil wuduk, makan minum dan membuat segala bagai aktiviti dalam keadaan sebegitu...masa inilah, pertolongan org di sekeliling beliau sgt2 diperlukan...

Dan yg paling penting, sokongan daripada keluarga terutama anak2 sgt membantu pesakit khususnya...betullah, ibu kita dahulu boleh menjaga 7 orang anaknya, tak kanla kita yang 7 org ini tak boleh menjaganya??



Kepada sepupuku :

Banyakkanlah bersabar ye...
Ibumu kini nampak semakin segar...
Selamat menjadi anak yang solehah~



Selasa, 13 Mac 2012

:: Sihat Sebelum Datangnya Masa Sakit ::

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum kpd sahabat2ku sekalian...
InsyaAllah, pagi ini saya n keluarga akn bergerak balik ke kampung di Lumut Perak, ingin melawat ibu saudara yg akan menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan yang ada di usus beliau...


Semoga segalanya berjalan dengan lancar dengan izinNya....
Doakan :
1) Ibu saudara saya kembali sihat
2) Semoga kami selamat pergi dan selamat kembali

Tidak Allah timpakan sesuatu musibah itu tidak mengikut kemampuannya, melainkan untuk melihat tahap keimanannya dan mengurangkan dosa2 masa silam...

Syafakillah

Isnin, 12 Mac 2012



Album : Nasyeed Underground - Vol.1
Munsyid : MISK
http://liriknasyid.com


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan


Ahad, 11 Mac 2012

Biar diri berjauhan, asal hati diikat nur kecintaan...

Padamu sahabat ku ukir kalam kenangan...

Secebis ingatan membuatkan kita merasai indahnya persaudaraan...




Suka duka, tawa hiba, gembira kecewa adalah asam garam perjuangan...

Dari kejauhan ku pohon moga dirimu diberkati Tuhan...

Bersama kita layari behtera perjuangan...

Dengan bersandarkan kasih sayang dari Tuhan...

Biar diri dihina biar diri terluka...

Asal dapat menabur bakti untuk agama...


Lepas 4, 3 pula yg Datang !!!!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran ku panjatkan kepada Allah swt kerana masih memberikan nikmat iman dan islam kepadaku serta saudara seislamku yang lain...
Alhamdulillah juga saya ucapkan di atas kesempatan masa yang diberikan olehNya untuk menggerakkan semua hatiku bagi mencoret sedikit perkongsian di blog yang ku kira sudah lama ku tinggalkan...

Kini, tinggal 2 tahun lagi saya bakal menamatkan zaman persediaan untuk menjadi seorang guru sebenar... setelah 5 tahun setengah belajar dan belajar, masa yang memang ku tak nantikan akan tiba...rasa persediaan utk menjadi guru itu 'o'...pelbagai aktiviti institut yang saya dan rakan sertai, namun minat utk menjadi guru tetap tak dapat ku pupuk...

Sepanjang 3 tahun setengah di sini, saya dan rakan selamat menjalani BIG ( bina insan guru = setiap sem ), PBS ( pengalaman berasaskan sekolah = 4 kali
dah )...tapi, kali ni, datang pula perkara besar n penting yang akan saya lalui : PRRAKTIKUM fasa i...praktikum ini merupakan praktikum pertama saya dalam semester 5 ini yang perlu diselesaikan dalam masa sebulan.

Pelbagai persediaan yang saya dan partner ( afidah mahdom = lebiu so much ) buat, antaranya membeli segala bagai barang2 untuk ABM, melawat sekolah yang perlu dihadiri ( SK RElonG je pon ), mencari transport tuk ke sek ( dapatla sebijik pesona dr mak, hehe ) sediakan MOU dengan pelajar nanti n macam2 ag la...

Alhamdulillah, banyak perkara yang hampir selesai...kini, nak sedia fizikal n mental je sblum masuk sekolah tu...tq banyak2 kpd afidah n ust zulquarnain
( pensyarah pembimbing yang akn observe nant, seorang yg sangat baik tp sangat teliti dlm P&P ) krn banyak memberi tips2 brguna untuk saya...semoga Praktikum first ini akan menjadi pemangkin buat saya n sahabat yang lain agar menjadi lebih bersemangat untuk praktikum
fasa ii dan iii akan datang...

:: SeLaMaT BeRPRaKTiKuM KPD SeMua GuRu PeLaTiH PISMP SeM 5 ::



Wanita ibarat epal.....





epal yg x berkualiti amat mudah diperolehi krn ia bergugurn d tnah.....

tp, epal yg x mampu dbeli berada dipuncak.....

Susah dpetik, susah dgapai.....

trkadang epal itu risau, knapalah diriku blum dpetik??



lntas ia merendhkan mrtabatnya & mggugurkn dirinya mnyembah bumi.....

Sdgkan ia sbenarnya tlh Allah jdikan bgitu tinggi mrtbatnya shgga x da siapa yg brani memetiknya.....

Hanya pmuda yg bnr2 hebat shj yg mampu.....




mgkn bkn ddunia, tpi dakhirat kelak??

Rabu, 26 Oktober 2011





Carilah Kemanisan dalam perjuangan...
Perjuangan mengejar cinta dari Tuhan...
Mehnah mendatang itulah ujian...
Jangan tersungkur walau terbeban...
Bawa hatimu kepada Tuhan...
Di sana menanti syurga idaman...

Ahlan kepada sahabat2ku yang disayangi...
Hari yg ku nanti2 akhirnya berjaya dikecapi
Sama2 utk kita harungi
Saling kuat menguati~


Khamis, 26 Mei 2011

Allah Sebaik2 Perancang~

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus beberapa hari di saat2 akhir, akhirnya peperiksaan akhir semester yang memang tidak pernah ditunggu melabuhkan tirainya~pelbagai aktiviti yg memg sudah dirancang utk dilaksanakan sepanjang 3 minggu cuti semester...mukhaiyyam, balik kg sedara wat walimatul urus dan test JPJ...

tapi.....

manusia sememangnya hanya merancang dan yang perancang paling baik serta yang menetukan segala2nya hanyalah Dia - ALLAH...

sebaik mana persediaan pun dan serapi mana pengurusan yang dilakukan tidak akan menjadi sekiranya itulah yang Allah mahukan..bagi diri saya, mungkin masih ada persediaan yang perlu saya lakukan..Ya, persediaan MENTAL!!Oleh itu, perlunya bagi diri kita sentiasa bermuhasabah diri utk menilai dan mengimbas kembali mengapa apa yang kita harapkan tidak kita kecapi~


jangan terus berputus asa dari rahmat Allah...setiap yang berlaku ada hikmahnya...semoga semangat yang ku alami kini tidak akan pernah luntur sedikit pun, malahan akan terus subur~


SELAMAT BERCUTI...SEMOGA CUTI KITA INI AKAN DIPENUHI DENGAN PERKARA2 YANG BERFAEDAH~

Jumaat, 20 Mei 2011



Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya. Allah telah berfirman:



"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".




Semoga pilihanku ini diredhai~

Khamis, 19 Mei 2011

* salam imtihan untuk semua warga IPGKTAA*


Ahad, 27 Mac 2011

Assalamualaikum..

baru2 ini saya telah mengalami 1 kegagalan ~ kekecewaan
teruk yg menyebabkan saya tidak dpt menumpukan
sepenuh perhatian trhadap segala tindak tanduk saya slama beberapa ari~

kemudian, selang beberapa hari, saya sekeluarga menziarahi seorang ustaz kpd ayah saya a.k.a kawan arwah tokki saya d jengka 10...

berlakulah 1 sesi bercerita antara mereka...dipendekkan cerita, ustaz sebentar td bru yg tokki saya dh lame meninggal...bayangkan dh hampir 1 tahun, baru tahu...mengalir air mata ustaz td...

bayangkan la dh lame x jumpe kwn lame..tuptup...dah meninggal...betapa sedihnya sb xdapat jumpe dh lepas neh...

dibandingkan dgn kesedihan saya yg boleh diubati...sesedih saya rupanya ada lagi makhluk Allah yg lebih sedih~



sangat menginsafkan~

Khamis, 24 Mac 2011

Demi masa...


Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian...


Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan

nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran... ( al-Asr : 1-3 )




ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

1. SIHAT sebelum SAKIT~

2. MUDA sebelum TUA~

3. KAYA sebelum MISKIN~

4. LAPANG sebelum SEMPIT~

5. HIDUP sebelum MATI~


hargailah MASA kita yang masih ada...

Khamis, 17 Februari 2011

usrah itu INDAH...


kak anis,
kan sakinah,
kak asmat,
kak kiah,
kak nad,
kak ona,
kak ummu,
kak jiha,
kak ina,
kak amal,
kak rosni,
ima,
lida...

thanks ye makan kat luar tadi~ ~

Uhibbukunna Jami'an....

Ahad, 13 Februari 2011

Valentine Day : Propaganda menjatuhkan umat ISLAM

Sabda baginda:
" Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).


JAUHKAN DIRI KITA SEMUA DARIPADA PERKARA2 TERSEBUT!!!




sedikit perkongsian berkenaan dengan Valentine Day :
http://syababussunnah.blogspot.com/2009/02/kisah-di-sebalik-hari-valentine.html

* Yakinlah dengan janji ALLAH *

Alhamdulillah, 11 Februari 2011, hari yang bersejarah buat naqibah usrah IPAI saya, Ustazah Safinah Bt Yaakob apabila beliau selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan , En Kamal. Segala persiapan yang dirancang akhirnya berjalan dengan lancar...

Tahniah ustazah, semoga berbahagia hingga ke syurga~~




JODOH...


satu ungkapan dan persoalan yang sering kali menjadi isu hangat untuk dibincangkan di sekitar kampus...

ramai dari umat manusia di sini sangat runsing apabila berbicara tentang jodoh... masing2 risau tentang kelewatan mereka mendapat jodoh...

kenapa perlu risau begitu, sekiranya kita betul2 yakin dgn janji Allah, kita tidak perlu bimbang kerana janji Allah itu PASTI akan berlaku, x kira sama ada dengan kadar segera atau kemudian...

wahai saudara/iku sekalian, INGATLAH bahawa masih banyak lagi masalah2 ummah yang perlu kita fikir dan utamakan... mereka lebih memerlukan kita... kenapa tidak kita bangun bersama2 membantu mereka yang ditindas dan dizalimi, drpd kita lebih memikirkan soal2 yang sangat remeh....

Ayuh kawan2... marilah kita sama2 bangun menentang musuh2 Islam yang sentiasa mengintai dan mencari peluang menjatuhkan kita dalam apa jua keadaan sekalipun...



Usah difikirkan perkara2 yang telah Allah janjikan untuk kita... Kerana JANJI Allah itu pasti... Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri JANJINYA~~

WAllahu'alam...




Salam Maulidur Rasul kepada semua...

Tiada kejayaan semanis MADU
tanpa pengorbanan sepahit HEMPEDU~~

ayuh, BERJUANGLAH SAHABATKU...

Sabtu, 12 Februari 2011


BERISTIGHFAR lah, semoga hati kita menjadi tenang~ ~

Jumaat, 11 Februari 2011

Album : Kasih Ibu Bapa
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Mari-mari kita sejenak mengingat
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira

Cubalah bayangkan kasih ibu bapa
Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi

Wahai rang muda janganlah lupa
Taatlah kepada dua ibu bapa
Jangan-jangan-jangan andakan menjadi
Anak yang derhaka pada ibu bapa

Balasan di dunia dah banyak terjadi
Berbagai derita yang datang menimpa
Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita
Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertaqwa


hati rasa sunyi~~ tetibe fikiranku melayang mengingati kedua orang tuaku... apalah yg mereka lakukan ktka ini,sudah makan kah? bagaimana perjalanan hidup mrk hari ini, berjalan dengan lancar kah??


Ya Allah, Kau ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku, Kau peliharalah mereka sebagaimana mereka memliharaku sewaktu kecilku~~


Ya Allah, Kau ampunilah jua dosa adik2ku, saudara maraku yang dekat dan jauh, sahabat2ku, guru2ku, jiran2ku serta seluruh umat Islam sekalian.... Kau berilah hidayah dan petunujkMu kepada kami, sesungguhnya kami tidak mengetahui~~


Wahai Tuhan, sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Kau sukakan keampunan, maka Kau berilah keampunan kepada kami ~~



Maafkanlah along...Miss U all so MUCH~~~
Sanah helwah, selamat hari lahir :
mak ( 2 januari 1968 ) dan abah ( 23 januari 1965 )...

Isnin, 24 Januari 2011


" Jiwa manusia pada hakikatnya penuh dengan cinta.. Ia harus memiliki muara yang menjadi labuhan cintanya.. Aku tidak melihat seorang pun yang lebih mulia bagi emosi cintaku selain seorang sahabat yang ruhnya menyatu dengan ruhku, sehingga dengan sepenuh hati kuberikan cintaku padanya dan ku utamakan dia untuk menerima persahabatanku ini " - al-Syahid Imam Hasan al-Banna......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...