BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 14 Mac 2012

Berbalik kini...

Dulu, masa kecik, mak yg jaga...kini, kita pula jaga mak...

Terkesan saya dgn ayat yg dilontarkan seseorg kepada sepupu saya di hospital seri manjung ptg td...Ibu kepada sepupu saya ( mak sedara saya ) telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di ususnye ptg semalam...
Alhamdulillah...mlm ni, giliran sepupu
saya pula yang menemani ibunya di hospital...saya melihat begitu payah sekali ibu saudara saya untuk bergerak disebabkan terlalu banyak wayar yang berselirat pada tangan, tubuh dan muka beliau...terfikir juga saya, bagaimana beliau hendak membersihkan tubuh, mengambil wuduk, makan minum dan membuat segala bagai aktiviti dalam keadaan sebegitu...masa inilah, pertolongan org di sekeliling beliau sgt2 diperlukan...

Dan yg paling penting, sokongan daripada keluarga terutama anak2 sgt membantu pesakit khususnya...betullah, ibu kita dahulu boleh menjaga 7 orang anaknya, tak kanla kita yang 7 org ini tak boleh menjaganya??



Kepada sepupuku :

Banyakkanlah bersabar ye...
Ibumu kini nampak semakin segar...
Selamat menjadi anak yang solehah~



1 ulasan:

Anis berkata...

allah..takutnya..semoga kita mampu mjadi anak2 y solehah. semoga mak menakan cpt sembuh na

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...