BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Ahad, 13 Februari 2011

* Yakinlah dengan janji ALLAH *

Alhamdulillah, 11 Februari 2011, hari yang bersejarah buat naqibah usrah IPAI saya, Ustazah Safinah Bt Yaakob apabila beliau selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan , En Kamal. Segala persiapan yang dirancang akhirnya berjalan dengan lancar...

Tahniah ustazah, semoga berbahagia hingga ke syurga~~




JODOH...


satu ungkapan dan persoalan yang sering kali menjadi isu hangat untuk dibincangkan di sekitar kampus...

ramai dari umat manusia di sini sangat runsing apabila berbicara tentang jodoh... masing2 risau tentang kelewatan mereka mendapat jodoh...

kenapa perlu risau begitu, sekiranya kita betul2 yakin dgn janji Allah, kita tidak perlu bimbang kerana janji Allah itu PASTI akan berlaku, x kira sama ada dengan kadar segera atau kemudian...

wahai saudara/iku sekalian, INGATLAH bahawa masih banyak lagi masalah2 ummah yang perlu kita fikir dan utamakan... mereka lebih memerlukan kita... kenapa tidak kita bangun bersama2 membantu mereka yang ditindas dan dizalimi, drpd kita lebih memikirkan soal2 yang sangat remeh....

Ayuh kawan2... marilah kita sama2 bangun menentang musuh2 Islam yang sentiasa mengintai dan mencari peluang menjatuhkan kita dalam apa jua keadaan sekalipun...



Usah difikirkan perkara2 yang telah Allah janjikan untuk kita... Kerana JANJI Allah itu pasti... Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri JANJINYA~~

WAllahu'alam...



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...