BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Sabtu, 15 Mei 2010

GURU OH GURU


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi..

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.
.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG1979



Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada :
a) kedua ibubapaku yg disayangi,
Noor Sabri Abd Rahman ( Ma'ahad SAS )
dan
Nor'Aini Talib ( SK Bandar Pusat ) ..
b) ibu2 dan bapa2 saudara saya..
c) guru PASTI Jengka Sebelas..
d) guru SK Jengka Sebelas..
e) guru SK Jengka 15..
f) guru SK Bandar Pusat..
g) guru Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka..
h) pensyarah2 IPGTAA..
i) guru
2 pelatih IPGTAA..
j) dan kpd semua yg pernah mengajar diri ini sebarang ilmu
yg bermanfaat sma ada secara formal ataupun tidak formal..


guru2 ma'ahad SAS


Terima kasih tidak terhingga atas jasa dan bakti yg dicurahkan..
hanya Allah sahaja yg mampu membalas jasa kalian..
Semoga semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah Ta'ala..

tidak lupa juga saya ucapkan selamat hari lahir @ sanah helwah
kpd ibu saudaraku yg lahir
pd 16 mei ( Nor Hayati Talib SMK Seri Jengka )..
selamat hari guru dan selamat hari lahir...

Ahlan Wa Sahlan Ya Imtihan....
Ta'al !!!!

Nampaknya musim imtihan telah tba kembali...
sudah bersediakah kalian semua??

Setelah berusaha dan berdoa, marilah kita sama2 bertawakkal...
dapatkan yg terbaik untuk ujian kita kali ini, moge2 lbh baik dari semester2 yg lepas...
Amin hendakNya..



Kpd PISMP PAI Sem 1 khususnya, selamat menduduki peperiksaan saya ucapkan.. sentiasalah jaga kesihatan agar musim peperiksaan pada semester kali ini dapat berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang masalah..



jgn meniru, jgn cube2 bg orang tiru..
ckgu mt ( ckgu roslan, sek. men. ) saya ckp dlu, org yg meniru dia nk jd org yg bodoh, org yg bg kawan dia tru plak nk kwn die jd bodoh.. oleh itu, jauhkan diri kita semua dr perkara2 yg x baik mcm nih...




Jadual Peperiksaan PISMP PAI Sem 1

TARIKH

MASA

TEMPAT

M. PELAJARAN

20.5.2010

2.30-5.00 ptg

DDM

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA

( EDU3101 )

24.5.2010

2.30-5.00 ptg

DDM

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

( EDU3102 )

25.5.2010

2.30-5.00 ptg

DDM

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEK. REN.

( PIM3101 )

26.5.2010

2.30-5.00 ptg

DDM

PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

( PIM3102 )

Selamat Menduduki Peperiksaan Kpd Semua




Khamis, 13 Mei 2010

~ Walimatul 'Urus ~




InsyaAllah pada 5 dan 19 Jun 2010 nh, ibu saudara syer yg dikasihi
akn melangsung
kan perkahwinan dgn jejaka pilihannya dr n.9...





Moga2 bahagia ke akhir hayat....
banyak2kanla bersabar dalam menempuh hidup berumah tangga....





Kepada pengunjung yg mengenali beliau, jemput hadir..





Assalamualaikum..


" Selamat Hari Lahir "
" Happy Belated Birthday "
" Eid Milad, Sanah Helwah "

Kepada adik2 saya yg disayangi...

Kak Lang ~ Naimah ( 11 Mei 1993 )
Siti Maisarah ( 11 Mei 2001 )

Semoga hidup lebih diberkati dan
dimurahkan rezeki oleh Allah selalu...
Moga2 kejayaan sentiasa mengiringi langkahmu...
Amin....

Amek kek nh sorang satu, jgan gadoh2...
hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...