Assalamualaikum... Alhamdulillah, pada Sabtu lepas, 16 Jan 2010, sesi pendaftaran Kelas al-Quran al-Jauhari bagi tahun 2010 berjalan dengan lancar.. Ramai dikalangan anak-anak pensyarah IPG TAA yang menyertai kelas ini.. Jutaan penghargaan ditujukan kepada semua pensyarah yang memberi kepercayaan kepada kami untuk mengajar anak tuan/puan al-Quran.. Terima kasih juga khas ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.. Sekian, wassalam..
" Setiap yang bertemu pasti akan berpisah " " Setiap pertemuan pasti ada perpisahan "
Awal tahun 2010, kami ( pismp pai sem1 khususnya ) dikejutkan dengan berita perpindahan ustaz kesayangan kami, Ustaz Abdul Hamid Bin Ali ke IPG KSM, Besut...
Alhamdulillah, kami sempat belajar dengan beliau sepanjang sem 3 ppismp.. Terima kasih atas segala ilmu yang telah Ustaz curahkan kepada kami... Akan kami amalkan segala ilmu yang telah dipelajari... Dan doakan kejayaan kami di Bumi Afzan ini dunia akhirat... Semoga Ustaz beroleh kejayaan dalam hidup..
Tidak dilupakan kepada beberapa Pensyarah yang berpindah ke Afzan.. Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum diucapkan... Especially kepada Ustaz Nik Abdullah dan Ustaz Khairul Azam serta bebepara orang lagi warga JAPIM...
Semoga kita semua hidup di bawah lindungan dan rahmat Allah.. Wassalam...
Malaikat- Bangulah wahai anak Adam, tunaikanlah solat Subuh
Syaitan- Alahhhh, kejaplah, ngantuk nih…
Manusia- Nak makan, laparla
Malaikat- Wahai anak Adam, mulakalah dengan Bismillah
Syaitan- Ahh, tak payahlah…dh lapar nh
Manusia- Hari nih nak pakai ape yerk?
Malaikat- Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat
Syaitan- Eh, selaklah sikit…panasla..lagipun x der style langsung..
Manusia- Alamak, dah lewat!
Malaikat- Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan- Nak cepat-cepat buat ape? Lambat lagi..baru pukul 7.55pagi..
Manusia- Azan sudah kedengaran..
Malaikat- Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan- Baru pukul berapa nh..
Manusia- Eh,eh.. tak boleh tengok nh, berdosa
Malaikat- Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat..
Syaitan- Perggghh…best tuh…
Rabu, 6 Januari 2010
aSSalamualaikum.... alhamdulillah, seperti yg telah dirancang2kan... perkahwinan bpe saudra sye pd akhr bln nov. selamat dijlankan... majlis sebelah perempuan telah diadakan pd 23 nov manakala sebelah lelaki 29 nov... kami brtolak ke kelantan pd 22 nov bersama 4 buah kerata... bnyak halangan yg terpakse ditempuhi sepanjang perjalanan... tiada halangn yg terbesar melainkan banjir d sekitar terengganu dan kelantan... namun, dgn izin-Nya, kami selamat jua tiba di sana sekitar 6 ptg... sbg kenang-kenangan, sye sertakan beberapa gmbr berkenaan dengan majlis tersebut...
Kalau jadi manusia, Jangan jadi manusia biasa2... Longgar jiwanya, Rapuh imannya, Sempit mindanya, Kasar bahasanya, Gelap masa depannya... Tapi jadilah manusia luar biasa... Gah jiwanya, Kental imannya, Tertib solatnya, Quran juadahnya, Luas pandangnya, Sopan bicaranya, Gemilang masa depannya...
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa.. hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolong ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..