BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Isnin, 5 Oktober 2009

KONSEP AKIDAH

Definisi Akidah

Akidah pada umumnya adalah suatu perkara yang wajib dibenarkan oleh hati, dan jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak dan keraguan.

Akidah dalam Islam adalah perkara asas (usul) di mana tumbuh cabang-cabang syariat darinya. Syariat pula adalah amalan-amalan yang berupa ibadat dan muamalat yang dianjurkan oleh Islam hasil dari akidah tersebut. Dengan sebab inilah ilmu akidah ini juga dinamakan sebagai ilmu usuluddin atau yang bermaksud ilmu usul agama.

Oleh itu, dalam agama Islam akidah itu merupakan suatu perkara yang telah ditetapkan malah wajib bagi pegangan akidah itu disertakan dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak merupakan suatu keraguan (dzan) dan bukan akidah. Dalilnya adalah seperti dalam firman Allah (swt) dlam ayat berikut :

1. Alif laam miin

2. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,

( Surah al-Baqarah : 1-2 )

Perlu ditegaskan juga di sini bahawa masalah-masalah akidah yang wajib diiktikadkan merupakan perkara-perkara ghaib yang tiada dapat disaksikan dengan mata sepertimana yang diterangkan oleh Allah (swt) dalam memuji orang-orang yang beriman,firman Allah (swt) :

3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka.

( Surah al-Baqarah : 3 )

Sehubungan dengan itu kita dapati bahawa rukun iman menyatakan Allah (swt) itu ghaib dan begitu juga para malaikat,hari akhirat, qada’ dan qadar adalah perkara-perkara ghaib. Meskipun para rasul dan kitab boleh dilihat tetapi apa yang dikehendaki dalam konteks keimanan terhadap Allah (swt) ialah hakikat bahawasanya para rasul itu adalah utusan dari Allah (swt), dan juga kitab-kitab adalah diturunkan oleh Allah (swt), dan ini semua adalah perkara ghaib.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...