Kalau jadi manusia, Jangan jadi manusia biasa2... Longgar jiwanya, Rapuh imannya, Sempit mindanya, Kasar bahasanya, Gelap masa depannya... Tapi jadilah manusia luar biasa... Gah jiwanya, Kental imannya, Tertib solatnya, Quran juadahnya, Luas pandangnya, Sopan bicaranya, Gemilang masa depannya...
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa.. hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolong ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..
0 ulasan:
Catat Ulasan